Ada satu perkara di dunia ini yang tidak boleh dipaksa oleh manusia iaitu cinta.
Sejauh manakah seseorang itu jatuh cinta? Apakah detik paling bahagia sewaktu kamu jatuh cinta? Apakah detik paling menyedihkan ketika kamu jatuh cinta? Adakah kamu dan dia saling mencintai atau adakah hanya kamu yang mencintai dia sebaliknya dia tidak mencintai kamu?
Cinta adalah lima huruf yang mudah untuk dieja dan ditulis. Tetapi cinta merupakan sebuah perasaan yang sangat sulit untuk ditafsir dan dimiliki. Setiap manusia di dunia ini memiliki rasa cinta. Cinta semasa masih muda, tua dan cinta yang sulit untuk kita gapai iaitu cinta Jannah.
Sebenarnya apakah cinta itu? Apa yang dimaksudkan dengan cinta? Pernah tidak sewaktu kamu sedang duduk sendirian tiba-tiba ada yang menghampiri dan menyoal kamu, apakah arti cinta buat kamu? Pernahkah kamu jatuh cinta dan sejauh mana kamu mencintai seseorang itu?
Jika cinta memang ada dalam diri kamu maka semua dugaan, cubaan, dan persoalan yang datang hanyalah angin lalu. Kamu tidak akan gentar. Juga dengan mudah kamu dapat menepis angin lalu itu dengan tangan kosong.
Tetapi bayangkan jika cinta tidak ada dalam kamu? Atau cinta dalam diri kamu sudah mati.
Hanya kebisuan yang dapat kamu berikan disetiap persoalan. Ketakutan di setiap cubaan. Dan tangisan di setiap kesakitan.
Mencintai memang mudah tetapi dicintai adalah sukar.
Tidak ada yang menghalang kamu dari jatuh cinta. Jika kamu sudah bersedia untuk rasa sakit akibat percintaan maka silakan.
Mungkin juga kesakitan itu ada kebaikannya. Atau mungkin kesakitan itu juga membawa kerugian pada kamu.
Terserah pada diri kamu bagaimana kamu mengendalikan cinta yang ada pada diri kamu. Lihat diri kamu, soal diri kamu apa yang kamu inginkan. Jika cinta yang kamu inginkan maka carilah cinta yang suci kerana cinta yang ikhlas dan suci akan membawa kebahagian buat kamu.
No comments:
Post a Comment