Wednesday, 18 January 2017

Harga sebuah kemaafan dari kau untuk dia

Bila kita dah sayangkan seseorang itu, sekejam apa pun dia pada kita dan sesakit apa pun dia lukakan pada kita. Kata maaf itu selalu ada.

Kemaafan kita terlalu berharga apalagi untuk dia. Seharusnya dia menghargai kemaafan kita. Bila dah memperoleh kemaafan dia perlu berusaha untuk tidak melakukan kesalahan yang sama atau apa-apa kesalahan yang mungkin dapat melukai hati kita.

Seseorang yang menyayangi dan mencintai kita akan melakukan apa pun untuk menghargai kehadiran kita. Dia tidak akan mensia-siakan kewujudan kita. Begitu juga dengan harga sebuah kemaafan.

Andai suatu hari nanti kita sudah lelah memaafkan dia namun dia masih menyakiti kita. Maka berundurlah. Berundur bukan berarti kamu tidak mahu memaafkan dia tetapi berundur kerana kali ini kamu mahu menyedarkan dia arti sebuah kemaafan dari kamu.

"Kalau memang aku penting dalam hidup kau usaha untuk aku maafkan kau. Tapi kalau tak..."

Disitu dia akan sedar arti kemaafan dari kau. Dan disitu juga kau dapat melihat sepenting manakah kau dalam hidup dia sebenarnya. Jika dia bersungguh dengan ucapan kau pandu dia untuk bersama-sama saling tidak menyakiti dan menyayangi.

Jika dia tidak bersungguh-sungguh, berdoalah andai suatu hari nanti pintu hatinya akan terbuka agar menjadi orang yang lebih baik dari sebelum ini. Maafkan dia dan mulakan hidup yang baru bersama orang yang baru.


No comments:

Post a Comment